A-   A   A+
  • Pilihan Warna
  • Capaian OKU

P.M.S.P.K

Elaun Murid Khas (EMK)

  • PDF

Pengenalan

Bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas ( Glossary Link OKU), kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan elaun murid khas kepada setiap murid yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU).

Kadar Elaun

Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang layak ialah RM150.00 sebulan.

Murid yang layak menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

1.  Warganegara Malaysia

2.  Berdaftar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan

3.  Murid berkeperluan khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi sekolah-sekolah berikut:

1.  Prasekolah

2.  Sekolah-sekolah rendah dan menengah

3.  Sekolah agama

4.  Kolej Matrikulasi

4.  Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

5.  Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.

Pembayaran

1.  EMK dibayar melalui akaun bank murid iaitu akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN)

2.  Jumlah pembayaran kepada murid baru dikira daripada bulan pendaftaran semester / persekolahan dalam tahun semasa

3.  Pembayaran EMK akan ditamatkan sekiranya murid keluar atau berhenti daripada sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan

4.  Pastikan setiap murid adalah pemegang kad OKU. Tanpa kad OKU, bayaran elaun tidak boleh dibuat

5.  Murid yang berpindah/bertukar ke sekolah lain, perlu mengesahkan status penerima EMK di dalam Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara (P.U(A)275)

6.  Permohonan EMK adalah melalui sekolah/JPN.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Anda di sini: Khidmat Sokongan Kebajikan Elaun Murid Khas (EMK)