A-   A   A+
  • Pilihan Warna
  • Capaian OKU

P.M.S.P.K

Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

  • PDF
Indeks Artikel
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Objektif
Matlamat
Pelaksanaan
Kelab dan Persatuan
Unit Beruniform
Sukan dan Permainan
Penglibatan
Semua Halaman

Dalam usaha mendidik murid khas dan golongan kurang upaya, peluang bagi mereka mengembangkan potensi dan bakat dalam bidang sukan dan kesenian turut diberi perhatian. Banyak aktiviti yang telah dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi memberi galakan kepada golongan ini untuk bergiat di bidang yang mereka minati.


Objektif

  • Memberi peluang dan ruang kepada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, olahraga, persatuan dan kelab seperti murid biasa
  • Mencari dan menonjolkan bakat serta potensi murid melalui aktiviti gerak kerja kokurikulum
  • Membina keyakinan diri dan self esteem murid pendidikan khas
  • Memberi peluang murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam acara sukan, permainan dan olahraga, kebudayaan, pertandingan lukisan dan bakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Matlamat

  • Memperseimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid-murid berkeperluan khas
  • Memperkukuhkan hubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid berkeperluan khas dengan murid-murid normal di dalam sekolah yang sama
  • Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid berkeperluan khas terhadap aktiviti gerak kerja kokurikulum yang perlu mereka sertai
  • Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan yang setara dengan tahap kebolehan murid
  • Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan
  • Membentuk keyakinan diri terhaadp murid-murid berkeperluan khas ke aras penyediaan menghadapi masyarakat sekeliling setelah tamat alam persekolahan

Pelaksanaan

Aktiviti sukan, kokurikulum dan seni bagi murid-murid berkeperluan khas perlu dilaksanakan dalam arus perdana secara bersendirian atau diinklusifkan bergantung kepada jumlah bilangan serta kekuatan guru kerana pendekatan baru definisi murid-murid berkeperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, perkembangan penguasaan dalam kemahiran pengembangan. Pendekatan ini secara langsung telah merubah pendekatan lama yang menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan murid.


Kelab dan Persatuan

Senarai kelab dan persatuan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran :

  • Kelab Keselamatan Jalanraya
  • Kelab Seni Lukis
  • Kelab Pencinta Alam
  • Kelab Seni Lukis
  • Kelab Pencinta Alam

Senarai kelab dan persatuan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan :

  • Persatuan Sains dan Matematik
  • Kelab Seni Budaya
  • Kelab BMKT
  • Persatuan BM
  • Persatuan BI

Unit Beruniform

Senarai Unit Beruniform yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan :

  • Pengakap
  • Bulan Sabit Merah
  • Puteri Islam

Sukan dan Permainan

Senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan :

  • Olahraga
  • Tenpin Bowling

Senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran dan pendengaran:

  • Futsal
  • Bola Jaring
  • Pentanque

Senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran sahaja:

  • Renang

Senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran sahaja:

  • Bolasepak

Senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah penglihatan sahaja:

  • Goalball
  • Catur
  • Tendem
  • Boling padang

Penglibatan & Pencapaian

TAHUN NAMA KEJOHANAN NEGARA
2009 5th Asean Para Games KL09 Malaysia
2009 Tokyo 2009 Asian Youth Para Games Jepun
2009 IBSA Asia Open Goalball Championship Malaysia
2009 3rd IBSA Asia 5 A Side (Futsal) Jepun
2010 Asian Para Games Guangzhou, China
2010 Asia Deaf Taiwan
2010 1st Asean School For Disable Surin, Thailand

 

TAHUN NAMA KEJOHANAN ACARA BIL PESERTA EMAS PERAK GANGSA
2006 Asean Paragames, Manila Olahraga 5 3 - 2
2006 Fesepic KL'06 Olahraga 12 5 2 4
2008 Asean Para Games Korat,Thailand

Olahraga
Chess
Renang

10
1
3
8
-
2
2
-
-
-
1
1
2009 KL09 Asean Paragames Olahraga
Chess
Renang
16
2
4
12
2
2
10
-
1
8
-
1
2009 Asean Youth Paragames, Tokyo Olahraga
Renang
Goalball
18
4
6
22
7
-
9
1
-
6
-
-
2010 1st Asean School For Disable Olahraga 20 22 9 6
Anda di sini: Pendidikan Sukan, Kokurikulum & Kesenian