Bagi memenuhi keperluan mencari peluang pekerjaan bagi golongan ini, pihak kerajaan telah menyediakan satu laman yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk membantu golongan orang kurang upaya dan juga mereka yang memerlukan keperluan khas untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kebolehan mereka selaras dengan masyarakat penyayang yang digalakkan oleh Kerajaan. Selepas mendaftarkan diri, individu tersebut akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kriteria dan keadaan mereka.






