• Pilihan Warna
  • Capaian OKU

P.M.S.P.K

Kurang Upaya Pendengaran - Jenis Masalah Pendengaran

  • PDF
Indeks Artikel
Kurang Upaya Pendengaran
Ciri-Ciri
Tahap Kecacatan
Punca Kecacatan
Pencegahan
Jenis Masalah Pendengaran
Mengesan Kecacatan
Bagaimana Membantu?
Semua Halaman

Jenis Masalah Pendengaran

Mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda hadapi adalah penting kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu pendengaran adalah perlu

Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran

  1. Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah
    Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah
  2. Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada
    Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.
    Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan
  3. Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama
    Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran



Anda di sini: Kenali Diriku Kurang Upaya Pendengaran