• Pilihan Warna
  • Capaian OKU

P.M.S.P.K

Kurang Upaya Pendengaran - Bagaimana Membantu?

  • PDF
Indeks Artikel
Kurang Upaya Pendengaran
Ciri-Ciri
Tahap Kecacatan
Punca Kecacatan
Pencegahan
Jenis Masalah Pendengaran
Mengesan Kecacatan
Bagaimana Membantu?
Semua Halaman

Bagaimana Membantu?

Perhatikan ciri-ciri di bawah, bawa jumpa doctor dengan segera jika ciri-ciri di bawah dikesan

  • Tidak bertindak balas terhadap bunyi
  • Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri
  • Tidak memahami / silap memahami arahan
  • Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun
  • Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri
  • Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
  • Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar
  • Lewat bertutur
  • Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap
  • Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan
  • Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan
  • Telinga sering berair atau bernanah
  • Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)
  • Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan
  • Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan kuman semasa mengandung
  • Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung
  • Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, anti-diuretik dll)
  • Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan:

  • Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Mereka patut diajar cara-cara:
    - Mendengar
    - Menyampaikan buah fikiran
    - Menyatakan keperluan
    - Melepaskan perasaan
  • Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat
  • Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan baik. Kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan perasaan
  • Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang agak lama. Cari jalan untuk membuat kenyataan menyeronokkan supaya mereka berminat untuk mendengar
  • Guru / ibubapa / penjaga boleh:
    - bercakap
    - guna tangan
    - mimik muka
    - gerak badan
    - menulis
    - latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka
  • Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu yang guru/ibubapa/penjaga sedang bercakap dengannya
  • Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap perlahan, sebut dan tulis apa yang dikatakan
  • Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah penutur dengan jelas terutama bibir
  • Oleh itu jangan:
    - Menutup mulut semasa bercakap
    - Berpaling muka sebelum habis bercakap
    - Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau
  • Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar sekiranya kita bercakap perlahan ke telinganya
  • Terdapat pula segolongan kanak-kanak dapat mendengar dengan jelas apabila diletakkan tangan di belakang telinga kanak-kanak
  • Selepas guru/ibubapa/ penjaga bercakap, beri peluang kanak-kanak berfikir dahulu kemudian guru/ibubapa/ penjaga menyambung bercakap

Pengelolaan Bilik Darjah

  • Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi dengannya
  • Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas
  • Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain
  • Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan atau pengajaran
  • Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat
  • Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat
  • Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata
  • Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami
  • Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar
  • Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi atau membaca
  • Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat
  • Galakan murid-murid bertanya
  • Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami
  • Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar
  • Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam
  • Tuliskan maknanya
  • Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan
  • Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran
  • Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan
  • Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar

 



Anda di sini: Kenali Diriku Kurang Upaya Pendengaran