• Pilihan Warna
  • Capaian OKU

P.M.S.P.K

Kurang Upaya Pendengaran

  • PDF
Indeks Artikel
Kurang Upaya Pendengaran
Ciri-Ciri
Tahap Kecacatan
Punca Kecacatan
Pencegahan
Jenis Masalah Pendengaran
Mengesan Kecacatan
Bagaimana Membantu?
Semua Halaman

Pengenalan

Masalah pendengaran merupakan suatu masalah yang kerap berlaku di dalam masyarakat kita. Seluruh dunia, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Pengetahuan mengenali telinga anda adalah penting untuk mengetahui lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi

Definisi

Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga iaitu telinga luar, tengah dan dalam haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing

Mekanisma Pendengaran

Mekanisme pendengaran berfungsi apabila gelombang bunyi memasuki salur telinga dan menggerakkan gegendang telinga yang seterusnya menyebabkan getaran pada membran timpanik dan tulang-tulang osikel (incus, stapes dan maleus) . Pergerakan tulang stapes merangsang tingkap bujur untuk bergetar dan menyebabkan pergerakan cecair dalam koklea yang merangsang membran basilar untuk bergetar. Pergerakan ini akan merangsang organ of corti yang akan menghantar rangsangan saraf ke otak


Ciri-ciri

  • Meminta percakapan diulang berkali-kali
  • Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
  • Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan
  • Sukar memahami perbualan di tempat bising
  • Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari
  • Sukar memahami perbualan telefon
  • Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
  • Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
  • Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
  • Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher.
  • Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran
  • Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)
  • Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah pinggang dll)


Tahap Kecacatan

NORMAL - Mengesan bunyi pada intensiti lebih daripada 25dB 
RINGAN - Mula mengesan bunyi antara 25dB hingga 40dB
SEDERHANA - Mula mengesan antara 41dB hingga 70dB
TERUK - Mengesan pada intensiti 71dB hingga 90dB
SANGAT TERUK - Mengesan pada intensiti 90dB ke atas


Punca Kecacatan

Sebelum Kelahiran

  • Baka
  • Pengambilan dadah, alkohol
  • Toksemia
  • Jangkitan penyakit
  • Tidak diketahui

Semasa Kelahiran

  • Tidak cukup bulan
  • Kelahiran yg terlalu lama
  • Penyakit hemolosis
  • Anoxia
  • Sawan

Selepas Kelahiran

  • Penyakit berjangkit disebabkan bakteria dan virus
  • Kecederaan telinga
  • Pengambilan ubat berlebihan ototoksik (streptomycin)
  • Demam campak, beguk
  • Jaundis
  • Berat badan kurang dari 1500g
  • Jangkitan kuman telinga tengah
  • Tidak diketahui


Pencegahan

  • Elak mengorek telinga (benda-benda tajam dan keras)
  • Bersihkan cuping telinga dengan kain lembab (lembut)
  • Jika mengandungi serumen atau bendasing, titikkan minyak
  • Berjumpa pegawai perubatan (ENT) – keluar nanah atau sakit
  • Elakkan mangambil ubat tanpa nasihat doktor - mengandung
  • Jauhi daripada bunyi yang terlalu kuat
  • Elakkan memukul di bahagian kepala


Jenis Masalah Pendengaran

Mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda hadapi adalah penting kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu pendengaran adalah perlu

Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran

  1. Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah
    Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah
  2. Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada
    Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.
    Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan
  3. Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama
    Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran


Mengesan Kecacatan

Secara Objektif

  • Saringan Pendengaran
  • Ujian rambang : mengetahui keupayaan pendengaran dengan peralatan audiologi

Secara Subjektif

  • Ujian Tingkahlaku (Pure Tone Audiometry – PTA)
    - Pemerhatian terhadap tindakbalas mereka pada bunyi
  • Ujian pertuturan
    - Keupayaan memahami apa yang ditutur dan menunjukkan tindak balas
  • Pemerhatian
    - Kurang memberi pemerhatian – tahap kepekakan
    - Tidak memahami arahan
    - Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan
    - Seringkali bertanya pada rakan-rakan
    - Selalu berkhayal
    - Lemah dalam akademik (Bahasa)
    - Cara percakapan yang janggal
    - Sering memandang ke arah penutur

Prosedur Penilaian

  • Menemubual ibu bapa untuk mendapatkan sejarah dan latarbelakang klien
  • Menjalankan pemeriksaan telinga luar
  • Menjalankan ujian telinga tengah
  • Menjalankan ujian-ujian pendengaran
  • Mendapatkan keputusan tentang tahap kehilangan pendengaran jenis kehilangan pendengaran


Bagaimana Membantu?

Perhatikan ciri-ciri di bawah, bawa jumpa doctor dengan segera jika ciri-ciri di bawah dikesan

  • Tidak bertindak balas terhadap bunyi
  • Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri
  • Tidak memahami / silap memahami arahan
  • Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun
  • Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri
  • Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
  • Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar
  • Lewat bertutur
  • Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap
  • Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan
  • Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan
  • Telinga sering berair atau bernanah
  • Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)
  • Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan
  • Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan kuman semasa mengandung
  • Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung
  • Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, anti-diuretik dll)
  • Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan:

  • Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Mereka patut diajar cara-cara:
    - Mendengar
    - Menyampaikan buah fikiran
    - Menyatakan keperluan
    - Melepaskan perasaan
  • Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat
  • Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan baik. Kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan perasaan
  • Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang agak lama. Cari jalan untuk membuat kenyataan menyeronokkan supaya mereka berminat untuk mendengar
  • Guru / ibubapa / penjaga boleh:
    - bercakap
    - guna tangan
    - mimik muka
    - gerak badan
    - menulis
    - latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka
  • Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu yang guru/ibubapa/penjaga sedang bercakap dengannya
  • Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap perlahan, sebut dan tulis apa yang dikatakan
  • Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah penutur dengan jelas terutama bibir
  • Oleh itu jangan:
    - Menutup mulut semasa bercakap
    - Berpaling muka sebelum habis bercakap
    - Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau
  • Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar sekiranya kita bercakap perlahan ke telinganya
  • Terdapat pula segolongan kanak-kanak dapat mendengar dengan jelas apabila diletakkan tangan di belakang telinga kanak-kanak
  • Selepas guru/ibubapa/ penjaga bercakap, beri peluang kanak-kanak berfikir dahulu kemudian guru/ibubapa/ penjaga menyambung bercakap

Pengelolaan Bilik Darjah

  • Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi dengannya
  • Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas
  • Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain
  • Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan atau pengajaran
  • Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat
  • Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat
  • Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata
  • Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami
  • Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar
  • Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi atau membaca
  • Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat
  • Galakan murid-murid bertanya
  • Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami
  • Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar
  • Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam
  • Tuliskan maknanya
  • Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan
  • Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran
  • Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan
  • Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar

 

Anda di sini: Kenali Diriku Kurang Upaya Pendengaran