Intervensi awal
Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukan pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan. Perkhidmatan intervensi awal dijalankan melalui
3PK dengan fokus berikut:
-
membantu kanak-kanak membesar menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari
-
mempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak
-
menjimatkan kos pendidikan, keperluan, rehabilitasi dan kesihatan
-
mengurangkan perasaan keseorangan yang mungkin boleh menimbulkan tekanan dan kekecewaan khususnya di kalangan ahli keluarga
Pusat Rujukan
- Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Putrajaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.






