A-   A   A+
  • Pilihan Warna
  • Capaian OKU

P.M.S.P.K

Psikologi

  • PDF

Perkhidmatan psikologi

Terapi psikologi meliputi beberapa bidang termasuk kesihatan mental jangka panjang kanak-kanak dan remaja, masalah pembelajaran seperti autisma, hiperaktif, psikologi kesihatan serta neurologi :

  • terapi psikologi dijalankan sama ada secara individu atau berkumpulan. Kaedah terapi yang digunakan adalah berdasarkan keperluan individu dalam sesuatu masalah yang dihadapi
  • bagi terapi yang melibatkan kanak-kanak dan remaja, ahli keluarga biasanya akan turut terlibat dalam proses terapi yang dijalankan. Hal ini disebabkan oleh sesetengah kaedah terapi yang dijalankan memerlukan penglibatan ibu bapa atau penjaga secara langsung terutamanya bagi kanak-kanak berkeperluan khas
  • terapi yang dijalankan biasanya akan dilakukan dalam masa antara 40 sehingga 60 minit bagi setiap sesi mengikut keperluan setiap individu
  • terapi ini boleh dilakukan secara mingguan, setiap 2 minggu atau bulanan dan jangka masa antara setiap sesi terapi selalunya berbeza mengikut keselesaan dan kesesuaian individu

Terdapat pelbagai kaedah dan prosedur terapi yang digunakan dalam terapi psikologi bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Ia meliputi:

  • perbincangan bersama individu dan ahli keluarga yang terlibat
  • sesi terapi individu bersama juruterapi
  • sesi terapi individu dan ibu bapa bersama juruterapi
  • kaunseling individu dan berkumpulan
  • terapi berfokus bagi masalah pembelajaran

Pusat rujukan

  • Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas ( Glossary Link 3PK) Putrajaya, Selangor dan Pahang