• Pilihan Warna
  • Capaian OKU

P.M.S.P.K

Sekolah Pendidikan Khas Swasta

  • PDF
Indeks Artikel
Sekolah Pendidikan Khas Swasta
Kelayakan Umur
Yuran Pendaftaran
Kurikulum
Intervensi Awal
Bidang Kemahiran
Senarai Institusi Pendidikan Khas (Swasta)
Semua Halaman

Pada masa kini, terdapat sepuluh buah institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia mengendalikan pendidikan terhadap murid-murid berkeperluan khas di seluruh negara.

Institusi pendidikan khas ( swasta ) menyediakan perkhidmatan pendidikan di peringkat prasekolah , rendah dan menengah.


Umur

Kanak-kanak berumur 6 tahun mengikuti pendidikan prasekolah. Manakala murid berumur 7 tahun hingga 18 mengikuti pendidikan rendah dan menengah.


Yuran Pendaftaran

Yuran yang ditetapkan kepada murid berkeperluan khas ialah antara RM 20 hingga RM 100. Terdapat juga institusi pendidikan khas (swasta) yang tidak mengenakan yuran seperti Sekolah Kanak-Kanak Pekak Malaysia. Institusi pendidikan

Kurikulum

Kurikulum yang digunakan di institusi pendidikan khas (swasta) ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid.


Intervensi Awal

Terdapat institusi pendidikan khas (swasta) yang menyediakan intervensi awal kepada kanak-kanak seusia awal 2 bulan. Antaranya ialah Pusat Harian Sinar Harapan, Pulau Pinang.


Bidang Kemahiran

Terdapat institusi pendidikan khas (swasta) yang menyediakan bidang kemahiran kepada murid-murid yang melepasi pendidikan peringkat menengah iaitu yang berumur 19 tahun hingga 25 tahun. Institusi tersebut ialah Pusat Harian Sinar Harapan, Pulau Pinang, Sekolah kanak-Kanak Istimewa Johor Baharu dan Persatuan Kanak-Kanak Spastik, Johor. Antara bidang kemahiran yang disediakan ialah perkhidmatan dobi, percetakan batik, penyediaan kek, serta pembuatan lilin dan sabun. 


Institusi Pendidikan Khas (Swasta)

·     Pusat Pertuturan Kiu

·     Sekolah Kanak-Kanak Pekak Selangor

·     Sekolah Semangat Maju

·     Pusat Harian Sinar Harapan

·     Sekolah Kanak-Kanak Terencat Akal

·     Persatuan Kanak-Kanak Spastik Pulau Pinang

·     Sekolah Pendidikan Khas Kanak-Kanak Spastik Johor

·     Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Johor Bahru

·     Pusat Down’s Syndrom Kinwanis

·     Pusat Asuhan Harian Kanak-Kanak Spastik (Pusakas)

 

 

Sumber Bahagian Pendidikan Swasta

Anda di sini: Pendidikan Institusi Pendidikan Khas Swasta