• Pilihan Warna
  • Capaian OKU

P.M.S.P.K

Cahaya Dalam Kegelapan

Nilaikan item ini
(0 Undian)

Satoshi Fukushima (1962-       ).

 

To understand on the preciousness of life and appreciation for life, I believe that we can and must discover our own "light in the darkness.

Siapakah Satoshi Fukushima? Individu buta pekak yang pertama menerima ijazah kedoktoran di Jepun.

Dilahirkan di Kobe, Hyogo Prefecture pada tahun 1962. Anak comel yang boleh melihat dan mendengar. Lima bulan selepas dilahirkan, Fukushima menghidapi sejenis penyakit mata yang menyebabkan beliau hilang penglihatan mata kanan pada umur tiga tahun dan penglihatan mata kiri pada umur sembilan tahun. Manakala dalam tahun 1980, satu tahun setelah beliau memasuki High School Division, di School of the Blind, Fukushima kehilangan deria pendengarannya akibat kepekakan idiopatik. Sekolah ini affiliated dengan Universiti Tsukuba. Pelajar yang memasuki High School Divison di sekolah ini adalah untuk persiapan menduduki peperiksaan memasuki universiti. Kehilangan penglihatan sahaja sudah banyak cabaran yang perlu dihadapi Fukushima. Apatah lagi ditambah dengan satu lagi ketidakupayaan. Bagaimanakah Fukushima menghadapinya?

Apakah perasaan Fukushima? Seorang buta tiba-tiba bertukar kepada butapekak..Apakah maksudnya “Saya tidak boleh melihat dan saya juga tidak mendengar? “ soal hatinya berulangkali tentang takdirnya itu.

Kesukaran yang dihadapi Fukushima adalah komunikasi, orientasi dan mobiliti serta kesukaran memperoleh maklumat. Baginya, kesukaran dalam komunikasi merupakan masalah utama - tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain amat menyakitkan. Walaupun Fukushima merindui untuk melihat bintang-bintang di langit dan mendengar muzik yang dimainkannya namun terputusnya hubungan komunikasi dengan orang lain memberi impak besar dalam hidupnya.

Walaupun seseorang itu tidak dapat melihat atau mendengar, namun seseorang itu boleh hidup sekiranya dapat berkomunikasi dengan orang lain.(Fukushima, 2009)

Walaupun Fukushima seorang yang bijak dalam pelajaran dan amat cekal menghadapi situasi dunianya yang “gelap dan sunyi” namun bagaimanakah beliau akan meneruskan pengajiannya. Untuk mendapatkan maklumat beliau boleh menggunakan sistem braille tetapi bagaimanakah orang lain terutamanya pensyarah hendak berkomunikasi dengan Fukishima. Dia tidak dapat mendengar suara mereka. Menggunakan bahasa isyarat? Malangnya dia tidak dapat melihat isyarat yang ditunjukkan mereka. Jadi apakah penyelesaiannya?

Kasih sayang seorang ibu tiada batasannya. Ibunya, Reiko Fukushima sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk Satoshi meneruskan pengajiannya. Semasa Fukushima buta, ibunya juga turut mempelajari sistem braille untuk memudahkan dia membantu pembelajaran Fukushima. Setahun selepas Fukushima hilang pendengaran, Reiko telah mencipta “finger braille” atau "yubi tenji", satu kaedah komunikasi menggunakan ketukan jari berasaskan enam titik braille. Sistem komunikasi yang diperkenalkan ibunya amat penting dalam kejayaan hidup Fukushima. Akhirnya dalam tahun 1983, Fukushima lulus perperiksaan kemasukan universiti untuk Fakulti Kemanusiaan, Universiti Tokyo Metropolitan, Jepun. Berkat usaha dan kegigihannya, Fukushima menjadi siswazah buta pekak pertama di Jepun. Satoshi mempelajari bagaimana masyarakat sepatutnya berhubung dengan orang kurang upaya. Untuk tesis kedoktorannya, Fukushima membuat kajian bagaimana beliau dapat berkomunikasi dengan orang lain melalui yubi tenji selepas bertahun-tahun hidup dalam dunia “tanpa suara”. Fukushima menerima ijazah kedoktoran pada 1992.

Fukushima bertugas sebagai penyelidik khas di Japan Society for the Promotion of Science sehingga Mac 1994. Pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Tokyo Metropolitan pada tahun 1996, dan sebagai profesor madya di Fakulti Pendidikan, Universiti Kanazawa daripada Disember 1996 sehingga Mac 2001. Kini, beliau adalah Profesor Madya,di Barrier-Free Studies Department, Research Center for Advanced Science and Technology, University of Tokyo. Kepakaran Satoshi adalah dalam bidang pendidikan untuk kanak-kanak kurang upaya dan bidang komunikasi orang butapekak. Menyedarkan pelajarnya bagaimanakah rasanya hidup dalam dunia tanpa suara dan cahaya.

Fukushima amat aktif dalam memperjuangkan advokasi untuk Glossary Link OKU dan juga giat menjalankan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan kebajikan sosial OKU terutamanya orang butapekak bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia. Sumbangan Satoshi kepada komuniti butapekak termasuklah menjadi ahli yang aktif dalam Japan Society for the Study of Education dan Japanese Association of Special Education, menjadi Pengarah National Association of the Deafblind, Japan, Penasihat kepada Tokyo Association of the Deafblind, dilantik sebagai ahli Social Security Council’s Subcommittee on Handicapped Persons (Ministry of Health, Labour and Welfare), Japan dan merupakan perwakilan negara Asian di World Federation of the Deafblind (WFDb).

I want to become a catalyst for a chemical reaction called barrier-free and start chain reactions with the people around me.

Fukushima telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Yoshikawa Eiji Culture Award (1996), Tenji Mainichi Bunka Award (1996), Arinomama Independence Award (2000), Pioneer Award daripada Japan Blind Union (2001). Menerima penghargaan daripada Perdana Menteri Jepun atas khidmat cemerlang beliau kepada orang kurang upaya sempena tahun terakhir bagi “The Asian & Pacific Decade of Disabled Persons” pada tahun 2002. Pada tahun 2003, Fukushima diberi penghormatan sebagai salah seorang “Hero Asian” oleh majalah TIME.

Fukushima berbakat dalam bidang seni. Beliau adalah seorang penulis esei, penyajak dan pemuzik (piano). Antara penulisannya yang terkenal adalah “Deafblind people and normalization” (1997) dan koleksi esei beliau, “An Alien at the Watanabe House” (1995) Fukushima telah berkahwin dengan Sawami Mitsunari, seorang penterjemah bahasa isyarat dan finger braille.

Bahan Rujukan

Fukushima, Satoshi.(2009).The Deafblind and Disabilty Studies. Tokyo: University of Tokyo.

Fukushima, Satoshi (2003). Kertas ucaptama di The Asian and Pacific Decade of Disabled Persons 2003-2012: Communication and Liberation.

Fukushima, Satoshi (2003). Kertas pembentangan di The First Decade of Deafblind People, Osaka, Jepun.

Atas talian. http://www.iaud.net/ud2006/en/schedule/speaker/fukushima.html The 2nd International Conference for Universal Design in Kyoto 2006.

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 20 September 2011 12:38
Anda di sini: Telaga Ilmu Umum Cahaya Dalam Kegelapan