• Pilihan Warna
  • Capaian OKU

P.M.S.P.K

Peranan Ibu Bapa Kepada Perkembangan Pendidikan Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas

Rate this item
(6 votes)

Ibu bapa yang mempunyai anak dengan keperluan khas menghadapi beberapa masalah dalam kehidupan harian, antaranya:

  • Sifat malu dan rendah diri akibat dari fizikal atau tingkah laku anak khas mereka yang berbeza
  • Cabaran dalam mengurus anak khas mereka yang memerlukan rawatan yang berterusan samaada berkaitan masalah kesihatan yang kompleks atau kelewatan (delayed) dalam perkembangan secara individu
  • Kerisauan kepada sistem pendidikan yang kurang menyokong kepada keperluan anak khas mereka.

Perkara yang digariskan adalah antara isu utama yang perlu diberi perhatian dan di bimbing secara professional.

Kesediaan untuk belajar dan menerima pandangan secara terbuka dan kebolehan untuk adapt and adopt nasihat yang diperolehi dari orang yang mahir dan relevan dengan tahap keupayaan anak adalah dipercayai akan dapat menyokong perkembangan pembesaran anak khas ini.

Sebagai permulaan dilontarkan idea ke arah penyelesaian awal bagi 3 masalah yang dinyatakan di atas.

  • Untuk mengelakkan ibubapa merasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan masalah sosial secara berterusan adalah digalakkan ibubapa untuk terlibat dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan masalah anak,contohnya Persatuan Syndrome Down, NASOM dan lain-lain lagi. Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa kepada perbincangan dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang hampir sama dengan apa yang ditanggung oleh ibu bapa (common goal) iaitu berkisar dari masalah kesihatan, perkembangan anak dan pendidikan anak-anak. Hal ini akan memberi rasa kelegaan dan idea baru dalam mendidik anak-anak khas anda.
  • Bagi isu kesihatan anak, ibu bapa perlu banyak berbincang dengan professional perubatan seperti dokor di hospital atau para-profesional yang lain seperti ahli psaikology, jurupulih cara kerja atau audiology. Ibu bapa digalakkan membuat dairi atau catatan perkembangan sesuatu peringkat perkembangan anaknya. Seterusnya berbincang dengan pihak perubatan atau kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah anak anda capai. Maklumat yang terperinci boleh membantu pihak doktor membuat analisa tentang maslah perkembangan anak. Gunakan kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad dengan memberi maklumat yang boleh membantu ibu bapa ke arah didikan atau terapi yang merangsang pertumbuhan fizikal atau minda yang selari dengan kanak-kanak normal yang lain,
  • Akhirnya berkaitan pendidikan anak-anak anda dalam pendidikan khas. Isu ini perlu banyak berbincang dengan pihak sekolah terutamanya guru pendidikan khas. Sebaiknya hantar anak anda ke sekolah secara tetap, kecuali jika anak anda sakit dan mmerlukan rawatan lanjutan, Kehadiran anak ke sekolah secara konsisten setiap hari ke sekolah akan mempengaruhi sikap sosial anak anda. Seterusnya meningkatkan tahap keyakinan diri anak. Jangan terlalu mengharapkan guru memberi terlalu banyak perhatian atau menolong pada keperluan anak anda, Tindakan ini akan menggalakkan anak anda untuk TIDAK berfikir dan TIDAK belajar untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harianya.

Cuba selesaikan masalah utama yang dinyatakan di atas mengikut kesesuaian anak. Cuba dari kesilapan sambil membuat pindaan masalah kepada yang lebih baik. Percayalah ibu bapa adalah guru yang terbaik untuk anak anda. Ibu bapa mempunyai 9 ke 10 jam sehari untuk fokus bersama anak anda berbanding guru yang cuma ada 5 ke 6 jam sehari di dalam kelas bersama-sama 4 ke 7 lagi murid khas yang lain.

Sumber: Artikel ini ditulis oleh Dr. Hjh. Noraini binti Zainal Abidin, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

Last modified on Friday, 30 September 2011 12:57
You are here: Telaga Ilmu Umum Peranan Ibu Bapa Kepada Perkembangan Pendidikan Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas